Now Playing Tracks

gadisoktober:

untuk segenap penjuru hidup, bahkan dalam hal-hal yang terkecil sekalipun, bagaimana segala ruang lingkup hidup kita wujudkan rasa-rasa yang bikin kita merasa itulah bahgia.

saya selalu percaya, Tuhan menentukan tiap garis takdir kita dengan cinta dan kasih sayangNya, yang kadangnya kita merasa itu luka tapi sebenarnya itulah—cinta.

Iman, moga engkau menyubur. menggerakkan amal yang bersungguh-sungguh karena Tuhan.

l Ramadhan, AlFaqirilallah l

Kalau perkahwinan tu is as simple as that.

Dah habis anak muda semua kahwin.

Tapi malangnya,
Tanggungjawab yang datang selepas itu tidak menjadikannya mudah.

Prepare diri kita dengan ilmu yang sepatutnya.

Sebab kita sedang membina jiwa jiwa yang bakal menyumbang pada agama.

Bukan,
Yang menjatuhkan agama.

Jadi,
Prepare dari sekarang.

Sama-sama.

(via doktormurabbi)

Yang setia itu Dia.
Yang sering curang itu kita.

Yang setia itu Dia.
Yang sering melupakan itu kita.

Yang setia itu Dia.
Yang mencariNya disaat susah itu kita.

Yang setia itu Dia.
Yang selalu melukakan itu kita.

Yang setia itu Dia.
Yang lari dariNya itu kita.

Yang setia itu Dia.
Yang setia itu Dia.
Dan yang setia itu Dia.

Dia setia.
Yang kurangnya kita.

Iya,kita.

(via kisahdarisyurga)

Change before it’s too late.

__
Buat mereka yang masih meninggalkan solat, maka mulalah bersolat.

Kita ni hidup berTuhan, kawan.
Yang berkuasa atas setiap perkara itu Rabb kita.

Malulah,
Zaman macam ni pun masih abaikan solat.

Malulah,
Umur dah besar panjang pun malas nak tunaikan tanggungjawab pada Tuhan.

__
Percaya cakap aku.
Bila satu masa nanti kau berhijrah, kau akan sedar tindakan kau meninggalkan solat dulu adalah tindakan terbodoh pernah kau lakukan.

Kau bakal rasa malu dengan Tuhan sebab kau terlalu berani sombong dengan Dia yang dah beri segala nikmat.

__
Percaya cakap aku.
Bila kau sujud setelah lama tak bersujud, kau akan jumpa benda yang selama ni kau cari —ketenangan, ketenteraman hati yang dunia ni tak boleh bagi.


Sujud tu nikmat.
Rasakan nikmat tu sebelum nyawa ditarik Tuhan.

Kalau nak biarkan tiang agama roboh, tinggalkan solat.
Walau hakikatnya tak nampak balasan, tapi di akhirat?

Nauzubillah.
Jangan sesekali sengaja meninggalkan solat.

(via hanyasekadarhamba)

We make Tumblr themes